Projek Kumpulan Ombak dari Pergigian Daerah Dungun telah berjaya memasuki Konvensyen Inovatif & Kreatif 2013 Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Kebangsaan pada 26 hingga 29 Ogos 2013.
Sinopsis Projek Simpel Air Suction
Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 1 tahun 4 bulan.
Masalah dan keadaan sebelum projek KIK dilaksanakan :
Kebanyakan rawatan
pergigian seperti penskaleran, tampalan, pembedahan dan sebagainya menyebabkan
mulut dipenuhi air liur, darah, kalkulus dan air (distiller water). Suction
unit digunakan untuk mengawal bendalir ini supaya pesakit tidak tertelan dan
lemas.
Kelemahan alat
suction sebelum ini ialah enjin selalu rosak dan berkarat, tidak menyedut
dengan baik disebabkan botol tidak kedap, kapasiti cepat penuh kerana botol
kecil, botol mudah pecah dan penapis tersumbat sering berlaku. Kos pembaikian
dan membeli alat ganti juga mahal dan ini mengganggu kerja rawatan pergigian.
Cadangan penyelesaian projek KIK :
Satu alat telah kami
rekacipta yang dinamakan Simple Air Suction ( SAS ). Ianya sangat ringkas,
mudah digunakan, kos yang sangat murah dan senang dibawa. Beberapa tiub
plastik, Soket T, tombol sehala dan pelekat. Angin digunakan untuk menarik
serta mengeluarkan air liur.Angin ini diperolehi dari mesin air compressor yang
sedia digunapakai dalam rawatan pergigian.
Penerangan projek KIK :
Penggunaan SAS boleh
dikawal kekuatan sedutannya menggunakan tombol.Air liur yang disedut boleh
dikumpul dalam botol (seperti alat suction unit) atau dibuang terus ke dalam
spittoon dan boleh diletakkan diluar bilik rawatan.Kekuatan sedutan bertindak
dengan kelajuan angin yang dibebaskan. Air liur yang disedut boleh juga
dihantar terus ke main hole dengan tambahan piping.
Keadaan selepas projek inovasi KIK :
- •
Proses rawatan dengan lebih cepat dan mudah.
- •
Boleh diseragamkan penggunaannya.
- •
Mengurangkan risiko jangkitan silang.
- •
Mudah dibawa dan tidak membebankan
- •
Tidak memerlukan
kos yang tinggi.
- •
Suasana kerja lebih ergonomik.
- •
Menjimatkan masa dan tenaga.
- •
Mengurangkan beban tugas anggota.
- •
Mengelakkan aduan pelanggan.
- •
Lebih selamat ,higinik dan praktikal.
Faedah-faedah pelaksanaan projek inovasi KIK :
Faedah ketara :
- Penjimatan
masa pengendalian daripada 180 minit kepada 152 minit ( 28 minit dijimatkan)
- Proses
kerja menjadi semakin cepat dan praktikal.
- Prosedur
kerja pengendalian suction menjadi lebih efektif dan mengelakkan jangkitan
silang.
- Penjimatan
kos pembelian sarung tangan dapat dihasilkan.
- Penjimatan
kos operasi adalah sebanyak RM 160.00 sahaja.
- Peningkatan
ciri-ciri keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
- Peningkatan kepuasan
pelanggan luaran
- Peningkatan kepuasan pekerja
- Peningkatan imej jabatan
Pereka cipta projek ialah Dr. Adibah Mohd Rahim, En. Ramli Man, Roys Azira Zakaria, Zahura Yusoff, Suzana Mohamed, Norzana Seman, Noor Hasnizam Zahri, Aidi Fadzli Ali, Tengku Mohd Shawal Tengku Yusof dan Zulkifle Mohamad.
Dengan usaha
dan kejayaan kumpulan ini, KIK Ombak merasa bangga di atas sumbangan yang
telah diberikan di mana projek KIK Ombak ini berjaya menjimatkan masa rawatan pergigian dan penggunaan sarung tangan. Ianya juga berjaya membantu mencapai matlamat dan piagam organisasi di dalam merealisasikan perkhidmatan yang berkualiti dan sekaligus dapat meningkatkan lagi
kepuasan hati pelanggan.
|
Sesi Pembentangan Projek |
|
antara barisan peserta |
|
Booth pameran kumpulan Ombak |
|
Setup lengkap booth pameran |
|
Selesai persembahan |