Tidak terlalu awal untuk memulakan penjagaan kesihatan pergigian. Ini kerana, pemeriksaan dan rawatan di peringkat awal, mampu mencegah kejadian karies dan pelbagai penyakit mulut. Pesakit toddler (yang berumur 4 tahun dan ke bawah @ 0-4 tahun) adalah kumpulan sasaran dalam pencegahan di peringkat awal ini. Berikut dinyatakan tips penjagaan kesihatan pergigian yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
PRANATAL
-Pastikan ibu makan secara sihat dan menjaga kesihatan diri untuk melahirkan anak yang sihat
-Hadir ke klinik pergigian untuk pemeriksaan dan rawatan yang diperlukan
-Minta nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan
0-1 TAHUN
-Jangan letakkan gula ke dalam susu atau makanan bayi
-Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manis di dalam mulut
-Bersih mulut bayi dengan kain lembut yang bersih
-Gunakan berus gigi kecil yang sesuai apabila gigi bayi sudah tumbuh
-Mulakan pemeriksaan gigi secara berkala apabila bayi berumur 1 tahun
-Gunakan berus gigi kecil yang sesuai apabila gigi bayi sudah tumbuh
Pastikan gigi bayi dijaga dengan baik dan sempurna Guna berus gigi yang kecil
1-4 TAHUN
-Jangan bubuh gula ke dalam susu atau makanan anak
-Berus gigi anak sekurang-kurangnya 2 kali sehari
-Periksa gigi anak untuk mengesan kerosakan gigi
Sapuan Florida kepada kanak-kanak oleh jururawat pergigian |
Pemeriksaan gigi kanak-kanak. Selak bibir untuk melihat kerosakan gigi |
4+ TAHUN
-Kuranakan kekerapan dan jumlah makanan manis. Hadkan makanan manis sewaktu makan utama
-Berus gigi dengan sedikit ubat gigi berflourida (saiz kacang pea) sekurang-kurangnya dua kali sehari terutama pagi dan sebelum tidur malam
-Bantu anak untuk memberus gigi
-Galakkan penjagaan gigi di rumah
-Bawa anak ke klinik pergigian untuk pemeriksaan berkala
No comments:
Post a Comment