Sunday, 26 May 2013

Rawatan Ortodontik

Rawatan Ortodontik semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Saban hari, kesedaran mengenai rawatan ini semakin meningkat di kalangan pesakit. Rawatan Ortodontik adalah rawatan yang melibatkan masalah susunan gigi yang tidak teratur. Ia mengambil masa yang lama untuk menampakkan hasil.
Rawatan ini hanya dilakukan di klinik Pakar Ortodontik. Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan ini, haruslah menjalankan pemeriksaan di klinik pergigian biasa terlebih dahulu. Setelah diperiksa, doktor gigi akan memastikan kebersihan mulut anda berada di tahap yang maksimum sebelum merujuk anda ke klinik pakar. Anda akan diminta untuk hadir temujanji penskaleran dan tampalan gigi berkaries (jika perlu). Setelah doktor berpuas hati, barulah anda dirujuk ke klinik pakar.
Namun, tidak semua kes yang dirujuk akan diterima di klinik pakar, Pakar Ortodontik akan melakukan pemeriksaan sekali lagi, dan jika anda layak untuk menerima rawatan, nama anda akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu (waiting list). Di negeri Terengganu, terdapat 2 klinik pakar iaitu di Klinik Pergigian Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, dan sebuah lagi klinik pakar di daerah Kemaman. Oleh sebab permintaan yang tinggi tetapi sumber kepakaran yang amat terhad, anda  mungkin harus menunggu sehingga 2-3 tahun, sebelum rawatan anda dimulakan. Justeru, anda harus beriltizam, cekal, dan bermotivasi tinggi untuk mendapatkan rawatan ortodontik.=)

 Selain itu, sehingga post ini ditulis, hanya pelajar sekolah, di bawah usia 18 tahun sahaja yang diterima untuk menjalankan rawatan ortodontik di klinik kerajaan. Namun, ada juga beberapa kes yang membolehkan mereka berusia lebih 18 tahun mendapatkan rawatan ini. Jika tidak, anda yang berusia lebih 18 tahun dan inginkan rawatan ini, kemungkinan besar, anda harus ke klinik swasta..


Poster di atas menerangkan secara ringkas mengenai rawatan ortodontik ini. Ia merangkumi masalah-masalah maloklusi, contoh rawatan dan penjagaan gigi kepada pesakit yang menerima rawatan ini. Untuk pertanyaan lanjut, and bolehlah melawat klinik gigi berhampiran anda, atau tinggalkan komen di bawah. Kami sedia membantu anda.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kos pakai braces berapa klau bkn pelajar?

    ReplyDelete
  3. Kalau pergi ke klinik pakar dulu mmg tkboleh ke.

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi ke klinik pakar dulu mmg tkboleh ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klinik pakar biasanya menerima kes2 rujukan..jika perlu, sila ke klinik yg berhampiran untuk saringan, dan jika sesuai, anda akan dirujuk ke klinik pakar..tq

      Delete
  5. Kalu umur 19 tpi ad masalah gigi kesesakan buleh ke buat kat klinik kerajaaan?

    ReplyDelete