Sunday, 19 May 2013

Rawatan Endodontik @ Rawatan Salur Akar @ Root Canal Therapy/ Treatment (RCT)

Rawatan endodontik atau lebih dikenali sebagai RCT ini merupakan satu cara untuk merawat gigi yang mana karies sudah merebak ke lapisan pulpa. Lapisan Pulpa (Pulp) ini mengandungi salur darah dan saraf yang memastikan gigi tersebut hidup/ vital dan mampu menjalankan fungsi dengan berkesan.
Jika karies merebak ke kawasan ini, maka secara teorinya saluran darah dan saraf akan rosak, lantas menyebabkan gigi tersebut mati/ non-vital. Selain dari itu, pesakit juga akan mengalami kesakitan yang teramat kuat, sehingga mampu menyebabkan terganggunya aktiviti harian selain mengganggu emosi mereka.


Antara tanda-tanda yang menyebabkan anda memerlukan rawatan RCT ini adalah:
-kehadiran karies yang besar, dalam, menghampiri tisu pulpa
-sakit gigi
-bengkak pada gusi gigi berkaitan
-gigi akan terrrrrsangat sakit apabila diketuk (diperkus)
-tidak respon pada ujian vitaliti 

Apabila anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, maka segera lah berjumpa dengan doktor gigi. Pada lawatan pertama, doktor akan melakukan ujian seperti ujian vitaliti dan pemeriksaan radiograf. Setelah ujian ini positif dan anda mengalami gejala seperti di atas, kemungkinan gigi anda memerlukan rawatan RCT. Jika terdapat nanah dan bengkak, doktor akan memberikan ubat supaya jangkitan kuman akan berhenti, dan mengizinkan doktor untuk meneruskan rawatan. Ubat kebiasaannya diberi dalam tempoh satu minggu. Selepas jangkitan telah pulih, baru lah rawatan RCT boleh dimulakan.

Untuk gigi hadapan, kebanyakan doktor gigi di klinik-klinik pergigian akan melakukannya. Tetapi untuk gigi belakang (gigi Molar), kebiasaannya melibatkan kepakaran di samping peralatan yang tidak mencukupi di Klinik Pergigian biasa. Pesakit akan diperiksa dan jika perlu, akan dirujuk kepada doktor Pakar Pergigian Restoratif/ Endodotis. 

Di negeri Terengganu, terdapat seorang Pakar Restoratif yang bertugas di Klinik Pergigian Bukit Payong, Marang. Selain dari itu, terdapat juga pegawai pergigian di klinik pergigian biasa yang terlatih untuk melakukan prosedur RCT pada gigi belakang.

Di sini, disediakan poster ringkas mengenai RCT. Untuk maklumat lanjut, sila berjumpa dengan doktor gigi yang berhampiran dengan anda. InsyaAllah kami sedia membantu.


No comments:

Post a Comment