Sunday 14 April 2013

TIDAK TERLALU AWAL


Tidak terlalu awal untuk memulakan penjagaan kesihatan pergigian. Ini kerana, pemeriksaan dan rawatan di peringkat awal, mampu mencegah kejadian karies dan pelbagai penyakit mulut. Pesakit toddler (yang berumur 4 tahun dan ke bawah @ 0-4 tahun) adalah kumpulan sasaran dalam pencegahan di peringkat awal ini. Berikut dinyatakan tips penjagaan kesihatan pergigian yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.





PRANATAL

-Pastikan ibu makan secara sihat dan menjaga kesihatan diri untuk melahirkan anak yang sihat
-Hadir ke klinik pergigian untuk pemeriksaan dan rawatan yang diperlukan
-Minta nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan


0-1 TAHUN

-Jangan letakkan gula ke dalam susu atau makanan bayi
-Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manis di dalam mulut
-Bersih mulut bayi dengan kain lembut yang bersih
-Gunakan berus gigi kecil yang sesuai apabila gigi bayi sudah tumbuh
-Mulakan pemeriksaan gigi secara berkala apabila bayi berumur 1 tahun
-Gunakan berus gigi kecil yang sesuai apabila gigi bayi sudah tumbuh


                                   
Pastikan gigi bayi dijaga dengan baik dan sempurna                            Guna berus gigi yang kecil 

1-4 TAHUN

-Jangan bubuh gula ke dalam susu atau makanan anak
-Berus gigi anak sekurang-kurangnya 2 kali sehari
-Periksa gigi anak untuk mengesan kerosakan gigi

Sapuan Florida kepada kanak-kanak oleh jururawat pergigian

Pemeriksaan gigi kanak-kanak. Selak bibir untuk melihat kerosakan gigi

4+ TAHUN

-Kuranakan kekerapan dan jumlah makanan manis. Hadkan makanan manis sewaktu makan utama
-Berus gigi dengan sedikit ubat gigi berflourida (saiz kacang pea) sekurang-kurangnya dua kali sehari terutama pagi dan sebelum tidur malam
-Bantu anak untuk memberus gigi
-Galakkan penjagaan gigi di rumah
-Bawa anak ke klinik pergigian untuk pemeriksaan berkala






No comments:

Post a Comment