Tuesday 2 April 2013

as introduction


Bahagian Kesihatan Pergigian adalah salah satu cabang di dalam perkhidmatan kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di Terengganu, bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) dan pegawai kanan yang mengetuai daerah. Perkhidmatan pergigian yang diberikan merangkumi kesemua aspek penggalakan kesihatan pergigian, rawatan dan pemulihan. Ini bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kesedaran dan taraf kesihatan pergigian individu dan masyarakat ke tahap optimum.
Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) menjalankan aktiviti pengurusan yang meliputi pengurusan sumber manusia, kewangan dan perolehan aset serta bahan pergigian. Pengurusan sumber manusia merangkumi perkara-perkara seperti perjawatan, latihan, perlantikan, kenaikan pangkat dan lain-lain. Pejabat ini merupakan Pusat Tanggungjawab  bagi mengagih dan mengawal peruntukan di peringkat daerah.


No comments:

Post a Comment