Tuesday 2 April 2013

Klinik Pergigian Daerah Kuala Terengganu (Part I)

Di Kuala Terengganu, terdapat 7 buah klinik pergigian yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Ia terdiri daripada 6 klinik pergigian primer dan 1 klinik pergigian pakar. Klinik pergigian primer memberi perkhidmatan pesakit luar, dan menyediakan rawatan-rawatan asas seperti pemeriksaan, cabutan, tampalan, penskaleran, pemasangan gigi palsu dan kes-kes trauma yang mudah di samping merujuk kes-kes yang kompleks kepada klinik pergigian pakar. 

Berikut adalah klinik-klinik pergigian yang terletak di daerah Kuala Terengganu.




Kesemua klinik pergigian di atas menyediakan perkhidmatan primer kecuali Klinik Pergigian Jalan Sultan Mahmud yang merupakan klinik pakar. Di sini, dua orang pakar telah ditempatkan, iaitu Pakar  Periodontik dan Pakar Orthodontik

Bagi operasi pesakit luar, pesakit yang datang ke klinik akan dibuat pemeriksaan terlebih dahulu. Jika pesakit memerlukan cabutan, maka prosedur tersebut akan terus dilakukan pada hari tersebut, kecuali kes-kes cabutan yang memerlukan kepakaran. Jika pesakit memerlukan rawatan seperti tampalan, penskaleran dan pemasangan gigi palsu, maka pesakit akan diberikan tarikh temujanji, bergantung kepada kekosongan dan jadual pegawai yang bertugas.

Berikut dinyatakan hari pesakit luar bagi setiap klinik pergigian

KLINIK PERGIGIAN (KP)
HARI PESAKIT LUAR
KP AIR JERNIH
AHAD HINGGA RABU
KP HILIRAN
AHAD HINGGA RABU
KP SEBERANG TAKIR
ISNIN
KP BUKIT TUNGGAL
SELASA
KP BATU RAKIT
RABU
KP MANIR
KHAMIS

Bagi klinik-klinik selain KP Air Jernih & KP Hiliran, pegawai pergigian dan jururawat pergigian akan ke sekolah pada waktu pagi, dan melakukan kes temujanji di sebelah petang, kecuali pada musim cuti sekolah. Dalam musim tersebut, mereka akan melakukan kes-kes temujanji setiap hari kecuali pada hari pesakit luar...

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh menghubungi mana-mana klinik yang berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut..

No comments:

Post a Comment