Sunday, 14 April 2013

Penyakit Gusi (Part 1)

Sedikit perkongsian mengenai penyakit gusi


Caries..a simple explanation


TIDAK TERLALU AWAL


Tidak terlalu awal untuk memulakan penjagaan kesihatan pergigian. Ini kerana, pemeriksaan dan rawatan di peringkat awal, mampu mencegah kejadian karies dan pelbagai penyakit mulut. Pesakit toddler (yang berumur 4 tahun dan ke bawah @ 0-4 tahun) adalah kumpulan sasaran dalam pencegahan di peringkat awal ini. Berikut dinyatakan tips penjagaan kesihatan pergigian yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saturday, 13 April 2013

Cabut atau simpan??

Lewat ini, kesedaran terhadap kesihatan pergigian semakin meningkat di kalangan masyarakat. Jika di awal 80-an dan 90-an, dialog seperti "Doktor, nak cabut gigi..berlubang..." seringkali dapat didengar di klinik-klinik pergigian. Namun, senario sekarang mungkin agak berlainan. Kebanyakan pesakit akan datang dan bertanya, " Doktor, gigi sakit..tp saya taknak cabut, nak simpan..kalau tak boleh tampal, nak RCT. Buat la apa2 pun, janji gigi tu taknak cabut..."dan ini mampu membuatkan para doktor gigi pening untuk memberikan pilihan rawatan yang terbaik untuk pesakit. 

Tuesday, 9 April 2013

Pemeriksaan Mulut Sendiri (Mouth self examination)


Pernahkah anda melakukan pemriksaan mulut sendiri? Maknanya, tidak perlu jumpa dentist@ doktor gigi, tapi masih boleh mengetahui samada anda mempunyai masalah mulut atau tidak. Jika anda belum pasti, mungkin ini boleh membantu anda. 

Pemeriksaan mulut sendiri adalah sangat mudah dan tidak memerlukan apa-apa peralatan selain jari anda sendiri. Apa yang penting, anda harus mempunyai pencahayaan yang cukup bagus (jangan lakukan di kawasan yang gelap, nanti tak nampak ape-ape) dan tahu teknik yang betul. Last but not least, pemeriksaan ini harus dilakukan di hadapan  CERMIN...  

Saturday, 6 April 2013

Festival Comel 2013


Festival Comel 2013 merupakan usaha daripada penduduk setempat & kerajaan  negeri dalam mempromosikan pelancongan dan keusahawanan. Festival ini berlangsung pada 5&6 April 2013 dan dirasmikan oleh YB Dato'Abdul Rahin B. Dato' Mohd Said.


Wednesday, 3 April 2013

Tuesday, 2 April 2013

Klinik Pergigian Daerah Kuala Terengganu (Part I)

Di Kuala Terengganu, terdapat 7 buah klinik pergigian yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. Ia terdiri daripada 6 klinik pergigian primer dan 1 klinik pergigian pakar. Klinik pergigian primer memberi perkhidmatan pesakit luar, dan menyediakan rawatan-rawatan asas seperti pemeriksaan, cabutan, tampalan, penskaleran, pemasangan gigi palsu dan kes-kes trauma yang mudah di samping merujuk kes-kes yang kompleks kepada klinik pergigian pakar. 

Berikut adalah klinik-klinik pergigian yang terletak di daerah Kuala Terengganu.


as introduction


Bahagian Kesihatan Pergigian adalah salah satu cabang di dalam perkhidmatan kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di Terengganu, bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) dan pegawai kanan yang mengetuai daerah. Perkhidmatan pergigian yang diberikan merangkumi kesemua aspek penggalakan kesihatan pergigian, rawatan dan pemulihan. Ini bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kesedaran dan taraf kesihatan pergigian individu dan masyarakat ke tahap optimum.
Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) menjalankan aktiviti pengurusan yang meliputi pengurusan sumber manusia, kewangan dan perolehan aset serta bahan pergigian. Pengurusan sumber manusia merangkumi perkara-perkara seperti perjawatan, latihan, perlantikan, kenaikan pangkat dan lain-lain. Pejabat ini merupakan Pusat Tanggungjawab  bagi mengagih dan mengawal peruntukan di peringkat daerah.


Salam Perkenalan




Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Jika anda menemui blog teganudentist ini dengan tidak sengaja, untuk pengetahuan anda, blog ini masih dalam pembikinan. Ia diwujudkan untuk memberi informasi berkaitan kesihatan pergigian, selain menyampaikan maklumat terkini mengenai aktiviti kesihatan pergigian yang berlaku di Malaysia amnya dan di Terengganu khususnya. Diharapkan usaha ini akan memberi manfaat dan informasi yang berguna untuk kepentingan dan kesejahteraan bersama..

~Senyum Itu Indah~