Fake
braces?? Fikirkan Kembali..
Sebelum
kita masuk lebih dalam mengenai fake braces, ada baiknya kita mengenali apakah
yang dimaksudkan oleh ‘fake braces’.
Fake braces ialah braces palsu yang dipasang pada gigi yang
menyerupai braces sebenar
(aplian tetap ortodontik). Walau bagaimanapun ianya tidak berfungsi seperti
aplian tetap ortodontik.
Apa
itu aplian tetap ortodontik?
Aplian tetap ortodontik adalah alat-alat
yang digunakan untuk rawatan ortodontik. Ianya terdiri daripada ‘bracket’
(pendakap), wayar dan getah yang dilekatkan pada permukaan gigi.
Aplian tetap ortodontik digunakan oleh
pakar ortodontik untuk menggerakkan gigi yang tidak teratur dengan pemeriksaan
secara berkala sehingga menjadi susunan yang cantik. Pemeriksaan berkala ini
mengambil tempoh biasanya dua setengah hingga ke tiga tahun.
Tujuan
pemakaian braces atau rawatan ortodontik
Rawatan Ortodontik diberikan
untuk:
·
Mengendalikan
masalah oklusi
·
Membantu
dalam rawatan restoratif
·
Mengendalikan
masalah ketidakseimbangan tulang muka yang melibatkan pembedahan ortognatik
·
Mengendalikan
masalah kecacatan kraniofasial (muka dan tengkorak) yang teruk
·
Mengendalikan
masalah saluran pernafasan tersumbat semasa tidur (obstructive sleep apnoea)
Dimanakah
“fake braces” boleh didapati?
“Fake braces” dijual secara atas talian dan
mudah untuk didapati di media sosial seperti facebook, instagram dan
sebagainya. Dengan kos pemasangan yang amat rendah, dibawah RM500, pelanggan
sudah dapat memasang “fake braces” dan tiada siapa yang tahu adakah braces yang
dipakai adalah “fake braces” atau bukan.
Harga
yang terlampau murah menyebabkan ramai golongan remaja terpedaya tanpa memikirkan
risiko yang boleh terjadi terutama remaja yang kurang berkemampuan dan yang ingin memasang braces untuk trend atau fesyen
semata-mata.
Contoh
iklan yang berleluasa di facebook-sumber facebook
Sekarang
istilah ‘fake braces’ telah ditukar kepada “real braces” sedangkan ia adalah
suatu alat yang sama . Kita dapat lihat respon penjual yang terbukti tidak
menitik beratkan risiko yang bakal dihadapi oleh pemakai ‘fake’ atau’ real
braces’ ini. Mereka hanya bergantung pada testimoni pelanggan yang hanya dibuat
buat untuk menunjukkan pemakaian real braces ini selamat walaupun peringatan
tentang risiko telah di komen oleh sesetengah individu.
Dimanakah pemasangan fake braces dilakukan?
Aktiviti
ini dijalankan secara haram dan modus operandi mereka adalah berpindah dari
satu lokasi ke satu lokasi yang lain, juga dari satu negeri ke negeri yang
lain. Lokasi yang menjadi pilihan mereka untuk menjalankan aktiviti haram ini
termasuklah hotel-hotel, rumah-rumah persinggahan, pusat-pusat kecantikan atau
spa dan rumah-rumah kediaman. Ia dijalankan adalah semata-mata untuk mengaut
keuntungan sehingga pelbagai janji manis ditaburkan tanpa memberitahu
sepenuhnya kesan dan akibat yang bakal berlaku.
Berbanding rawatan ortodontik, pakar ortodontik
yang bertauliah dan berpengalaman yang akan memasang aplian tetap ortodontik. Ini kerana proses untuk menggerakan gigi adalah suatu proses
yang rumit dan perlu perancangan yang teliti. Beliau juga akan menerangkan penjagaan selepas pemasangan.
Memberikan
perkhidmatan pergigian di premis tidak berdaftar adalah salah di bawah seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan jika disabitkan
kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM300,000 atau penjara tidak melebihi
6 tahun atau kedua-duanya.
Sepatutnya
sudah timbul keraguan untuk mempersoalkan adakah prosedur yang dilakukan diluar
klinik pergigian sah dilakukan?
Adakah pemakaian fake braces ini
memberi sebarang kesan pada gigi?
Semestinya.
Pemasangan yang dilakukan tanpa disertai dengan perancangan yang teliti akan
terdedah kepada kegagalan rawatan yang sirius.
Perlu
diingat , keberhasilan rawatan orthodontik amat bergantung kepada kebersihan
mulut, kesihatan jaringan pendukung gigi seperti gusi dan jaringan periodontium
dan pergerakan gigi yang terkontrol. Jika kebersihan mulut tidak dijaga dan
pergerakan gigi tidak terkawal,rawatan ortodontik tidak akan berhasil malah
akan mengakibatkan kerosakan gigi yang teruk seperti gigi longgar dan tidak
dapat diselamatkan lagi.
Contoh
kerosakan yang diakibatkan pemasangan fake braces yang tidak dikawal pergerakan
giginya. (imej dari google)
Dalam
menggerakkan satu-satu gigi, terdapat daya “force” yang diberikan oleh getah dan juga wire, namun
adakah doktor gigi palsu ini mengetahui seberapa banyak daya yang boleh diberi
dan diterima oleh gigi? Jika daya yang diberi tidak dikawal, ini akan
menyebabkan tekanan yang berlebihan terhadap gigi dan akan mengakibatkan
kerosakan pada jaringan pendukung gigi.
Tidak
semua orang mempunyai masalah susunan gigi yang sama. Dan prosedur untuk
memperbaiki susunan gigi juga adalah berlainan. Sebagai contoh, gigi yang
jarang berbeza cara rawatannya jika dibandingkan rawatan gigi yang jongang atau
susunan tidak teratur.
Ini
kerana penyebab terjadinya kelainan susunan gigi juga terdiri dari berbagai
faktor antaranya
1.
Kelainan
perlekatan frenulum
2.
Saiz
tulang rahang dan gigi yang tidak seimbang
3.
Kehilangan
gigi susu terlalu awal
4.
Faktor
keturunan
5.
Kebiasaan
buruk seperti (menghisap ibu jari) dll
Risiko
untuk dijangkiti virus HIV dan Hepatitis adalah tinggi kerana pembasmian kuman
ke atas peralatan tidak dilakukan. Peralatan yang hanya dibasuh dengan air dan
sabun dan dimasak dengan air panas belum cukup untuk membunuh semua bakteria
dan virus.
Berlainan
pula dengan prosedur dan peralatan di klinik pergigian yang amat menitik
beratkan “infection control”. Peralatan yang digunakan untuk setiap pesakit sudah
di sterilkan atau dibasmi kuman. Dan prosedur pembasmian kuman juga mengikuti
SOP yang betul.
Jadi
adakah anda sebagai pesakit rela untuk membahayakan diri hanya untuk sesuatu
yang murah tetapi terdedah kepada risiko jangkitan yang merbahaya?
Apa yang perlu dibuat sekiranya saya telah
memakai fake braces?
Segeralah
mengunjungi klinik pergigian terdekat untuk menanggalkan fake braces ini.
Pemeriksaan penuh juga akan dilakukan oleh doktor gigi untuk memastikan tiada
sebarang kerosakan pada gigi telah berlaku. Pesakit juga boleh berkonsultasi
dengan doktor pergigian mengenai rawatan ortodontik yang betul.
Rakyat Malaysia
diingatkan untuk tidak mendapatkan apa-apa rawatan pendakap gigi (braces) yang
diberikan oleh pengamal pergigian haram. Mereka ini adalah individu yang tidak
mempunyai kelayakan, tidak layak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia
(MPM) dan tidak dibenarkan menjalankan apa-apa juga rawatan pergigian. Orang
awam boleh membuat aduan terus ke Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian
Kesihatan Malaysia di talian 03-883 4215
atau e-mel kepada ohd@moh.gov.my
atau Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di talian 09-6353884
supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang tidak
bertanggungjawab serta membahayakan kesihatan awam.
#sayangigigianda
#gigitiadaganti
#gigisihatsyukurinikmat
Rujukan
2.
KENYATAAN AKHBAR KPK 7 September 2016 - Isu Braces.pdf
3.
http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/M/pdf/03_Menyusun%20Gigi%20Menjadi%20Lebih%20Teratur.pdf
No comments:
Post a Comment