Saturday, 3 June 2017

MOLAR INCISOR HYPOMINERALISATION... What is that????????

WHAT IS MOLAR INCISOR HYPOMINERALISATION?
Molar Incisor Hypomineralisation(MIH) is a condition affecting the enamel of permanent teeth. Most commonly the first permanent molar ( 6’s) and incisors (front teeth) are affected.
Normally, the enamel is white and very hard, but in cases of MIH, the enamel can be creamy or have a yellow/brown colour. The texture is often rough and tends to chip away very easily.
These teeth are often sensitive to cold and the child may be reluctant to brush them. They are also at a higher risk of developing dental caries( tooth decay) which can be rapid. Chidren may also complain about the appearance of their front teeth.
Teeth are not necessarily equally affected and the front teeth usuallas do not have the same loss of enamel as the molars.
Why does my children have it?
Many reasons have been suggested but it is often unclear.
Some suggested causes are frequent childhood disease( high grade fever at childhood), frequent taking antibiotics,
What treatment will be needed?
MIH molar teeth are fragile and decay can develop rapidly and easily. Children need to be seen more frequently because of this, perhaps every 2-3months by the dentist. Treatment includes fluoride theraphy (varnish applied) and sealants where possible.

Sometimes these teeth will require fillings or placement of stainless steel crown using topical anaesthesia.

In some cases, the potential life span of some or all of the molars is limited and extraction of the the affected may be necessary. This is best carried out around the age of 9, to allow the best movement of the remaining adult teeth to minimize any spaces. Often the opinion from an orthodontist may be sought first.
Meanwhile the incisors teeth often require little or no treatment as the defects are usually milder.
Will all my child’s teeth be affected?
Only the first molars and incisors are affected by this condition. All other adults teeth should be unaffected
Remember!!
If your child has MIH it is important that they attend all their dental appointments as problems in these teeth may arise very rapidly.
Make sure your child brushes these teeth twice a day with a  fluoride toothpaste
Keep sugary drinks and snack to a minimum


-Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Sultanah Nur Zahirah-

Sunday, 28 May 2017

Tuesday, 23 May 2017

KATAKAN TIDAK KEPADA FAKE BRACES.

Fake braces?? Fikirkan Kembali..
Sebelum kita masuk lebih dalam mengenai fake braces, ada baiknya kita mengenali apakah yang dimaksudkan oleh ‘fake braces’.
Fake braces ialah braces palsu yang dipasang pada gigi yang menyerupai braces sebenar (aplian tetap ortodontik). Walau bagaimanapun ianya tidak berfungsi seperti aplian tetap ortodontik.

Apa itu aplian tetap ortodontik?

Aplian tetap ortodontik adalah alat-alat yang digunakan untuk rawatan ortodontik. Ianya terdiri daripada ‘bracket’ (pendakap), wayar dan getah yang dilekatkan pada permukaan gigi.
Aplian tetap ortodontik digunakan oleh pakar ortodontik untuk menggerakkan gigi yang tidak teratur dengan pemeriksaan secara berkala sehingga menjadi susunan yang cantik. Pemeriksaan berkala ini mengambil tempoh biasanya dua setengah hingga ke tiga tahun.
Tujuan pemakaian braces atau rawatan ortodontik
Rawatan Ortodontik diberikan untuk:
·       Mengendalikan masalah oklusi
·       Membantu dalam rawatan restoratif
·       Mengendalikan masalah ketidakseimbangan tulang muka yang melibatkan pembedahan ortognatik
·       Mengendalikan masalah kecacatan kraniofasial (muka dan tengkorak) yang teruk
·       Mengendalikan masalah saluran pernafasan tersumbat semasa tidur (obstructive sleep apnoea)

Dimanakah “fake braces” boleh didapati?
 “Fake braces” dijual secara atas talian dan mudah untuk didapati di media sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya. Dengan kos pemasangan yang amat rendah, dibawah RM500, pelanggan sudah dapat memasang “fake braces” dan tiada siapa yang tahu adakah braces yang dipakai adalah “fake braces” atau bukan.
Harga yang terlampau murah menyebabkan ramai golongan remaja terpedaya tanpa memikirkan risiko yang boleh terjadi terutama remaja yang kurang berkemampuan dan yang  ingin memasang braces untuk trend atau fesyen semata-mata.


Contoh iklan yang berleluasa di facebook-sumber facebook
Sekarang istilah ‘fake braces’ telah ditukar kepada “real braces” sedangkan ia adalah suatu alat yang sama . Kita dapat lihat respon penjual yang terbukti tidak menitik beratkan risiko yang bakal dihadapi oleh pemakai ‘fake’ atau’ real braces’ ini. Mereka hanya bergantung pada testimoni pelanggan yang hanya dibuat buat untuk menunjukkan pemakaian real braces ini selamat walaupun peringatan tentang risiko telah di komen oleh sesetengah individu.
Dimanakah pemasangan fake braces dilakukan?
Aktiviti ini dijalankan secara haram dan modus operandi mereka adalah berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain, juga dari satu negeri ke negeri yang lain. Lokasi yang menjadi pilihan mereka untuk menjalankan aktiviti haram ini termasuklah hotel-hotel, rumah-rumah persinggahan, pusat-pusat kecantikan atau spa dan rumah-rumah kediaman. Ia dijalankan adalah semata-mata untuk mengaut keuntungan sehingga pelbagai janji manis ditaburkan tanpa memberitahu sepenuhnya kesan dan akibat yang bakal berlaku.
Berbanding rawatan ortodontik, pakar ortodontik yang bertauliah dan berpengalaman yang akan memasang aplian tetap ortodontik. Ini kerana proses untuk menggerakan gigi adalah suatu proses yang rumit dan perlu perancangan yang teliti. Beliau juga akan menerangkan penjagaan selepas pemasangan.
Memberikan perkhidmatan pergigian di premis tidak berdaftar adalah salah di bawah seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM300,000 atau penjara tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya.
Sepatutnya sudah timbul keraguan untuk mempersoalkan adakah prosedur yang dilakukan diluar klinik pergigian sah dilakukan?
Adakah pemakaian fake braces ini memberi sebarang kesan pada gigi?

Semestinya. Pemasangan yang dilakukan tanpa disertai dengan perancangan yang teliti akan terdedah kepada kegagalan rawatan yang sirius.
Perlu diingat , keberhasilan rawatan orthodontik amat bergantung kepada kebersihan mulut, kesihatan jaringan pendukung gigi seperti gusi dan jaringan periodontium dan pergerakan gigi yang terkontrol. Jika kebersihan mulut tidak dijaga dan pergerakan gigi tidak terkawal,rawatan ortodontik tidak akan berhasil malah akan mengakibatkan kerosakan gigi yang teruk seperti gigi longgar dan tidak dapat diselamatkan lagi.
  


Contoh kerosakan yang diakibatkan pemasangan fake braces yang tidak dikawal pergerakan giginya. (imej dari google)
Dalam menggerakkan satu-satu gigi, terdapat daya “force” yang  diberikan oleh getah dan juga wire, namun adakah doktor gigi palsu ini mengetahui seberapa banyak daya yang boleh diberi dan diterima oleh gigi? Jika daya yang diberi tidak dikawal, ini akan menyebabkan tekanan yang berlebihan terhadap gigi dan akan mengakibatkan kerosakan pada jaringan pendukung gigi.
Tidak semua orang mempunyai masalah susunan gigi yang sama. Dan prosedur untuk memperbaiki susunan gigi juga adalah berlainan. Sebagai contoh, gigi yang jarang berbeza cara rawatannya jika dibandingkan rawatan gigi yang jongang atau susunan tidak teratur.
Ini kerana penyebab terjadinya kelainan susunan gigi juga terdiri dari berbagai faktor antaranya
1.     Kelainan perlekatan frenulum
2.     Saiz tulang rahang dan gigi yang tidak seimbang
3.     Kehilangan gigi susu terlalu awal
4.     Faktor keturunan
5.     Kebiasaan buruk seperti (menghisap ibu jari) dll
Risiko untuk dijangkiti virus HIV dan Hepatitis adalah tinggi kerana pembasmian kuman ke atas peralatan tidak dilakukan. Peralatan yang hanya dibasuh dengan air dan sabun dan dimasak dengan air panas belum cukup untuk membunuh semua bakteria dan virus.
Berlainan pula dengan prosedur dan peralatan di klinik pergigian yang amat menitik beratkan “infection control”. Peralatan yang digunakan untuk setiap pesakit sudah di sterilkan atau dibasmi kuman. Dan prosedur pembasmian kuman juga mengikuti SOP yang betul.
Jadi adakah anda sebagai pesakit rela untuk membahayakan diri hanya untuk sesuatu yang murah tetapi terdedah kepada risiko jangkitan yang merbahaya?
Apa yang perlu dibuat sekiranya saya telah memakai fake braces?

Segeralah mengunjungi klinik pergigian terdekat untuk menanggalkan fake braces ini. Pemeriksaan penuh juga akan dilakukan oleh doktor gigi untuk memastikan tiada sebarang kerosakan pada gigi telah berlaku. Pesakit juga boleh berkonsultasi dengan doktor pergigian mengenai rawatan ortodontik yang betul.
Rakyat Malaysia diingatkan untuk tidak mendapatkan apa-apa rawatan pendakap gigi (braces) yang diberikan oleh pengamal pergigian haram. Mereka ini adalah individu yang tidak mempunyai kelayakan, tidak layak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MPM) dan tidak dibenarkan menjalankan apa-apa juga rawatan pergigian. Orang awam boleh membuat aduan terus ke Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-883 4215 atau e-mel kepada ohd@moh.gov.my atau Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di talian 09-6353884 supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab serta membahayakan kesihatan awam.

#sayangigigianda
#gigitiadaganti
#gigisihatsyukurinikmat

Rujukan
2.     KENYATAAN AKHBAR KPK 7 September 2016 - Isu Braces.pdf
3.     http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/Risalah/M/pdf/03_Menyusun%20Gigi%20Menjadi%20Lebih%20Teratur.pdf