Saturday 11 March 2017

TEKNIK PENJAGAAN KEBERSIHAN GIGI DAN MULUT

Semenjak kecil lagi, kita dididik untuk menjaga kebersihan mulut dan gigi dengan menggosok gigi. Setiap pagi selepas bangun tidur, dan sebelum menuju ke kamar tidur pada waktu malam, sudah menjadi rutin harian untuk kita meluangkan sedikit masa menggosok gigi. Namun begitu, masih ramai lagi yang tidak jelas dengan teknik yang betul dalam menjaga kebersihan mulut dan gigi. Penjagaan gigi sememangnya tidak terbatas sekadar menggunakan berus gigi sahaja, malahan ia adalah lebih daripada itu. Bagi memastikan kesihatan mulut dan gigi anda berada di dalam keadaan optimum, kami akan  kongsi beberapa tips penting yang perlu anda patuhi bagi memastikan gigi anda kekal cantik dan sihat.

Memberus Gigi
   Berus gigi anda selama 2 minit, peruntukkan jumlah masa yang
   sama ( 30 saat ) dalam setiap kuadran mulut anda.
   Pegang berus gigi anda pada sudut 45 darjah  ke arah gusi.
   Berus semua permukaan gigi anda (sudut sisi dan juga sudut
   permukaan mengunyah).
   Berus gigi dua kali sehari ( pagi dan malam ).

Menggunakan Flos Gigi
   Flos gigi sekali sehari.
   Pastikan anda flos gigi di bahagian belakang mulut anda juga.
   Lilitkan 45cm benang flos pada  setiap hujung  jari anda dan
   perlahan-lahan  selitkan ia di antara celah gigi anda.
   Ikut lengkung gigi anda untuk mengelakkan kecederaan pada gusi
   anda.
   Ulang langkah ini untuk setiap gigi.

Berkumur Mulut Dengan Ubat Kumur ( “Mouthwash” )
   Bilas mulut anda dengan ubat kumur selepas anda memberus dan
   Flos gigi anda.
   Hirup sedikit ubat kumur dan kumur ia di dalam mulut anda selama
    30-40 saat, pastikan bibir anda ditutup.
   Ludahkan ia keluar.

Membersihkan Lidah
   Jika anda menggunakan berus gigi, letakkan sedikit ubat gigi pada
   berus gigi, dan berus lidah anda dalam pergerakan membulat.
   Bersihkan sebahagian besar lidah yang anda boleh tanpa
   “gagging”. Kemudian, bilas mulut anda.
   Jika anda menggunakan flos, ambil sepotong benang flos dan balut
   hujung di setiap jari. Kemudian, dengan perlahan-lahan
   menggunakan jari dan flos, kikis dan bersihkan lidah anda. Setelah
   selesai, bilas mulut anda.
   Jika anda menggunakan pembersih lidah ( “tongue scrapper” ),
   ambil kedua-dua hujung pembersih lidah dalam setiap tangan,
   gunakan bahagian tengah untuk perlahan-lahan mengikis dan
   membersihkan lidah anda. Bilas mulut anda apabila anda selesai.

Tips Tambahan
   Jumpa  doktor gigi anda dengan kerap untuk pemeriksaan dan
   pembersihan gigi.
   Periksa mulut anda semasa rutin kebersihan mulut anda untuk
   memastikan tiada keabnormalan.
   Makan makanan yang sihat dan seimbang.

Bagaimana anda tahu jika anda mempunyai kesihatan mulut yang baik?

Walaupun anda tidak akan benar-benar tahu jika anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sehingga anda berjumpa doktor gigi anda untuk pemeriksaan, di sini adalah beberapa faktor yang boleh menunjukkan bahawa anda mempunyai kesihatan mulut yang baik:
   Gusi berwarna merah jambu, tidak sakit atau berdarah semasa
   memberus atau menggunakan flos gigi anda.
   Gigi anda berasa bersih dan tidak kusam.
   Nafas tidak berbau.

Salah satu faktor utama untuk mempunyai rutin kebersihan mulut yang baik adalah dengan memahami tahap kesihatan mulut anda. Semasa temujanji pemeriksaan atau pembersihan gigi yang berikutnya, minta doktor gigi anda mengenalpasti jika terdapat apa-apa perkara yang anda perlu beri perhatian semasa rutin kebersihan mulut anda. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai rutin kebersihan mulut anda, lawat Klinik Pergigian yang terdekat di kawasan anda !


Disediakan oleh :
  Dr Wan Muhammad Najib bin Mohd Daud
  Pegawai Pergigian UG 41
  Klinik Pergigian Chukai
  Kemaman


                              hygiene-routine-should-consist-of/

No comments:

Post a Comment