Tuesday 10 December 2013

Tahap Kesedaran Penjagaan Gigi di Terengganu Antara Terendah

                                                                                           Pendedahan dan kesedaran tentang penjagaan kesihatan mulut bagi semua lapisan masyarakat di negeri Terengganu telah diberikan seawal umur 0 - 4 tahun lagi. Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan dan digemblengkan  bersama antara Bahagian Kesihatan Pergigian Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri , Jabatan Perpaduan Negara serta orang awam khasnya.  

Murid pra sekolah, sekolah rendah dan menengah telah diberikan rawatan yang komprehensif dan berkala dari tahun ke tahun untuk meningkatkan tahap kesihatan mulut.  Pelbagai pihak telah memainkan peranan dengan baik bagi menjayakan gagasan ini untuk memastikan masyarakat amnya agar sentiasa mendapat liputan kesihatan yang menyeluruh dan optimum.  Kerajaan Negeri Terengganu juga telah sama-sama berusaha memberikan bekalan air awam yang mengandungi flouride sebagai langkah pencegahan terhadap kejadian karies di kalangan penduduk.

Namun begitu, tahap kesihatan mulut penduduk di negeri Terengganu masih di paras yang minima walaupun dengan pelbagai kempen telah diusaha. Pihak Jabatan Kesihatan Terengganu menggesa semua lapisan masyarakat di negeri Terengganu agar mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian bagi memastikan tahap kesihatan khususnya kesihatan mulut sentiasa di tahap optimum.                     

No comments:

Post a Comment