Monday 21 October 2013

PROJEK KIK SIMPLE AIR SUCTION (SAS)

Projek Kumpulan Ombak dari Pergigian Daerah Dungun telah berjaya memasuki Konvensyen Inovatif & Kreatif 2013 Kementerian Kesihatan Malaysia Peringkat Kebangsaan pada 26 hingga 29 Ogos 2013. 
Sinopsis Projek Simpel Air Suction

Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 1 tahun 4 bulan.

Masalah dan keadaan sebelum projek KIK dilaksanakan :
Kebanyakan rawatan pergigian seperti penskaleran, tampalan, pembedahan dan sebagainya menyebabkan mulut dipenuhi air liur, darah, kalkulus dan air (distiller water). Suction unit digunakan untuk mengawal bendalir ini supaya pesakit tidak tertelan dan lemas.
Kelemahan alat suction sebelum ini ialah enjin selalu rosak dan berkarat, tidak menyedut dengan baik disebabkan botol tidak kedap, kapasiti cepat penuh kerana botol kecil, botol mudah pecah dan penapis tersumbat sering berlaku. Kos pembaikian dan membeli alat ganti juga mahal dan ini mengganggu kerja rawatan pergigian.

Cadangan penyelesaian projek KIK :
Satu alat telah kami rekacipta yang dinamakan Simple Air Suction ( SAS ). Ianya sangat ringkas, mudah digunakan, kos yang sangat murah dan senang dibawa. Beberapa tiub plastik, Soket T, tombol sehala dan pelekat. Angin digunakan untuk menarik serta mengeluarkan air liur.Angin ini diperolehi dari mesin air compressor yang sedia digunapakai dalam rawatan pergigian.

Penerangan projek KIK :
Penggunaan SAS boleh dikawal kekuatan sedutannya menggunakan tombol.Air liur yang disedut boleh dikumpul dalam botol (seperti alat suction unit) atau dibuang terus ke dalam spittoon dan boleh diletakkan diluar bilik rawatan.Kekuatan sedutan bertindak dengan kelajuan angin yang dibebaskan. Air liur yang disedut boleh juga dihantar terus ke main hole dengan tambahan piping.

Keadaan selepas projek inovasi KIK :
  •          Proses rawatan dengan lebih cepat dan mudah.
  •          Boleh diseragamkan penggunaannya.
  •          Mengurangkan risiko jangkitan silang.
  •          Mudah dibawa dan tidak membebankan
  •          Tidak memerlukan  kos yang tinggi.
  •          Suasana kerja lebih ergonomik.
  •          Menjimatkan masa dan tenaga.
  •          Mengurangkan beban tugas anggota.
  •          Mengelakkan aduan pelanggan.
  •          Lebih selamat ,higinik dan praktikal.

Faedah-faedah pelaksanaan projek inovasi KIK :
Faedah ketara :
  • Penjimatan masa pengendalian daripada 180 minit kepada 152 minit ( 28 minit dijimatkan)
  • Proses kerja menjadi semakin cepat dan praktikal.
  • Prosedur kerja pengendalian suction menjadi lebih efektif dan mengelakkan jangkitan silang.
  • Penjimatan kos pembelian sarung tangan dapat dihasilkan.
  • Penjimatan kos operasi adalah sebanyak RM 160.00 sahaja.
  • Peningkatan ciri-ciri keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Peningkatan kepuasan pelanggan luaran
  • Peningkatan kepuasan pekerja
  • Peningkatan imej jabatan 
Pereka cipta projek  ialah Dr. Adibah Mohd Rahim, En. Ramli Man, Roys Azira Zakaria, Zahura Yusoff, Suzana Mohamed, Norzana Seman, Noor Hasnizam Zahri, Aidi Fadzli Ali, Tengku Mohd Shawal Tengku Yusof dan Zulkifle Mohamad.

Kesimpulan

Dengan usaha dan kejayaan kumpulan ini, KIK Ombak  merasa bangga di atas sumbangan yang telah diberikan di mana projek  KIK Ombak ini berjaya menjimatkan masa rawatan pergigian dan  penggunaan sarung tangan. Ianya juga berjaya membantu mencapai matlamat dan piagam organisasi di dalam merealisasikan perkhidmatan yang berkualiti dan sekaligus dapat meningkatkan lagi kepuasan hati pelanggan.
 


Sesi Pembentangan Projek

antara barisan peserta

Booth pameran kumpulan Ombak

Setup lengkap booth pameran

Selesai persembahan 

No comments:

Post a Comment