Sunday 26 May 2013

Rawatan Ortodontik

Rawatan Ortodontik semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Saban hari, kesedaran mengenai rawatan ini semakin meningkat di kalangan pesakit. Rawatan Ortodontik adalah rawatan yang melibatkan masalah susunan gigi yang tidak teratur. Ia mengambil masa yang lama untuk menampakkan hasil.
Rawatan ini hanya dilakukan di klinik Pakar Ortodontik. Pesakit yang ingin mendapatkan rawatan ini, haruslah menjalankan pemeriksaan di klinik pergigian biasa terlebih dahulu. Setelah diperiksa, doktor gigi akan memastikan kebersihan mulut anda berada di tahap yang maksimum sebelum merujuk anda ke klinik pakar. Anda akan diminta untuk hadir temujanji penskaleran dan tampalan gigi berkaries (jika perlu). Setelah doktor berpuas hati, barulah anda dirujuk ke klinik pakar.
Namun, tidak semua kes yang dirujuk akan diterima di klinik pakar, Pakar Ortodontik akan melakukan pemeriksaan sekali lagi, dan jika anda layak untuk menerima rawatan, nama anda akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu (waiting list). Di negeri Terengganu, terdapat 2 klinik pakar iaitu di Klinik Pergigian Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, dan sebuah lagi klinik pakar di daerah Kemaman. Oleh sebab permintaan yang tinggi tetapi sumber kepakaran yang amat terhad, anda  mungkin harus menunggu sehingga 2-3 tahun, sebelum rawatan anda dimulakan. Justeru, anda harus beriltizam, cekal, dan bermotivasi tinggi untuk mendapatkan rawatan ortodontik.=)

Tuesday 21 May 2013

MEDIA SOSIAL WADAH PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

FASA 1: BENGKEL MEDIA SOSIAL WADAH PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

Tarikh: 21 - 23 Mei 2013
Tempat: Hotel Regency, Jalan Raja Alang
                 Kuala Lumpur

Bermulalah satu anjakan paradigma di dalam episod untuk memperluaskan promosi kesihatan pergigian kepada seluruh masyarakat. Kini setiap negeri mempunyai facebook pergigian rasmi, blog pergigian rasmi serta youtube promosi kesihatan pergigian masing-masing.

Diharapkan suatu hari nanti masyarakat akan lebih sedar akan tanggungjawab mereka dalam menjaga kesihatan mulut.





Segala kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan pembinaan media social ini amatlah dihargai.. Terima kasih.




Sunday 19 May 2013

Rawatan Endodontik @ Rawatan Salur Akar @ Root Canal Therapy/ Treatment (RCT)

Rawatan endodontik atau lebih dikenali sebagai RCT ini merupakan satu cara untuk merawat gigi yang mana karies sudah merebak ke lapisan pulpa. Lapisan Pulpa (Pulp) ini mengandungi salur darah dan saraf yang memastikan gigi tersebut hidup/ vital dan mampu menjalankan fungsi dengan berkesan.
Jika karies merebak ke kawasan ini, maka secara teorinya saluran darah dan saraf akan rosak, lantas menyebabkan gigi tersebut mati/ non-vital. Selain dari itu, pesakit juga akan mengalami kesakitan yang teramat kuat, sehingga mampu menyebabkan terganggunya aktiviti harian selain mengganggu emosi mereka.

Tuesday 14 May 2013

Penyakit gusi (Part 2)

Assalamualaikum wbt....
Seperti yang dijanjikan, ini adalah sambungan kepada poster yang sebelum ini..sorry for the delay..but, I hope this will be a good info for you..=)


This is just a simple explanation. See your dentist, or you can post any questions below for more information..

Thank You..